Majlis Pecah Tanah Oleh Menteri Besar Johor

26 Aril 2012, Tanjung Kapal Beach Resort, Pengerang

Pengerang akan jadi Rotterdam Asia

PENGERANG: Projek transformasi Pengerang sebagai hab minyak dan gas terbesar di rantau ini kini dalam fasa pertama pelaksanaannya dengan pembangunan terminal penyimpanan petroleum di atas kawasan seluas 202 hektar.

Pengerusi Pengerang Independent Terminal Sdn. Bhd., Ngau boon Keat, berkata projek berkenaan mempunyai ciri-ciri semula jadi termasuk pelabuhan terlindung dengan kemudahan jeti sepanjang 1.9 kilometer dengan kedalaman air 24 meter yang berupaya menampung Very Large Crude Carriers (VLCCs) atauUltra Large Crude Carriers (ULCCs).
“Apabila siap sepenuhnya pada 2014, kawasan itu akan berubah wajah seperti Pelabuhan Rotterdam di Belanda, sekali gus mampu beroperasi sebagai Rotterdam Asia.
“Kerja-kerja awal yang dilaksanakan ialah melakukan penambakan di kawasan berkenaan dan apabila dibangunkan ia akan menempatkan lima juta meter padu (m3) minyak loji simpanan dengan nilai pembangunan kasar RM5 bilion.
“Pembangunan projek ini dilihat bakal memberikan saingan berikutan lokasi strategik dan tawaran loji penapisan dan simpanan yang lebih besar,” katanya ketika menyampaikan taklimat pembangunan Pengerang selepas lawatan khas media di sini, baru-baru ini.
Ngau berkata, fasa pertama projek berkenaan membabitkan kawasan seluas 60 hektar dengan kapasiti 1.3 m3 loji simpanan minyak serta tujuh dermaga dengan nilai pembangunan RM1.9 bilion.
“Projek yang dimulakan pada Oktober 2011 itu dijangka siap pada suku pertama 2014 manakala pembangunan bagi keseluruhan projek tiga fasa itu dijangka siap pada 2017.
“Pembinaan terminal laut dalam itu juga bakal membuka 5,760 peluang pekerjaan berkemahiran,” katanya.
Jelasnya, projek itu dibangunkan secara kerjasama antara Vopak Terminals Malaysia Sdn Bhd, Dialog Group Berhad dan Kerajaan Negeri menerusi Unit Minyak dan Gas Johor.
Selain itu, jelasnya lagi, projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas di Pengerang bernilai RM60 bilion dijadualkan siap pada 2016.

Posted on April 27, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment